Adakah anda seorang yang bergelar anak? Kalau dah bergelar sebagai seorang anak, mesti anda ada seorang yang bergelar ibu. Sebagai seorang yang berfikiran normal, kita takkan sanggup melihat ibu bapa kita hidup dalam kesusahan atau pun dalam keadaan menderita.
Dalam surat khabar hari ni ada cerita yang sangat sedih bagi saya bila seorang anak sanggup tinggalkan ibunya yang lumpuh kat sebuah hotel bajet. Tapi bukan nak menuduh anak tu jahat, mungkin beliau sendiri berada dalam kesusahan atau ada sesuatu yang buruk berlaku kepada beliau. Selama empat hari ibu tersebut berada kat bilik hotel bajet tersebut.
Kalau anak tu memang berniat nak tinggalkan ibunya yang lumpuh keseorangan, memang beliau tak berhati perut dan berdosa kepada ibunya.

Gambar sekadar hiasan
Pengalaman Sendiri
Saya agak sedih baca berita tersebut sebab sebelum ni arwah ibu saya pun seorang yang lumpuh. Arwah lumpuh sebab kena serangan strok dan lumpuh sebelah kiri. Sebagai seorang anak, kita takkan sanggup tinggalkan ibu kita lagi-lagi dia tak sihat.
Dulu saya tak sempat jaga arwah ibu betul-betul sebab masih bujang dan duduk berjauhan. Hanya berjumpa sekali sekala ketika arwah tinggal bersama kakak di Kuala Lumpur. Bermacam-macam usaha kita orang adik beradik untuk menyembuhkan arwah. Semua ubat, tukang urut dan rawatan dilaukan semoga arwah kembali boleh berjalan seperti biasa. Bayangkan luluhnya hati anak-anak bila ibu mereka yang menjaga mereka selama ni hanya boleh duduk dan percakapannya agak pelat kesan daripada strok.
Tapi Alhamdulillah selepas berkahwin saya dan isteri sempat membawa arwah tinggal bersama dan menjaganya walaupun hanya beberapa bulan. Tak terlintas dihati untuk tinggalkan ibu di kampung (sebab arwah lebih suka tinggal kat rumah sendiri) walaupun ada saudara mara yang sanggup jaga. Dan jauh sekali dan tinggalkan ibu dirumah kebajikan.
Selepas beberapa bulan tinggal bersama, arwah pergi meninggalkan kami…
***
Jagalah ibu bapa kita sebaik mungkin sebagaimana mereka menjaga kita dari kecil hingga besar panjang. Berbakti kepada mereka selagi mereka bernafas dan jangan sekali-kali tinggalkan ibu bapa yang uzur di tempat yang sepatutnya.




Gunakan peluang yang ada untuk berjasa pd diorang. Bila dah takde, tak guna menyesal dah.
shraqs recently posted…Kenapa Apple Mengekalkan Nama iPad ?
Aku sedih juga dengar cerita ni.mcm mana perasaan anak dia tu.
anak yang tak sedar diri macam tu lah.. nanti kalau dia ada anak sendiri.. kemudian anak dia buat perkara sama, baru dia tahu betapa sedihnya perasaan dia sebagai ibu bapa
dah ada anak sendiri baru sedar
aku tengok video tu…rase macam nak menangis rasenye
jujur tak baca entri ni sampai habis…sebab sedih nak ingat balik berita tu. tergamak dia buat macam tu kat mak dia
ada tengok video teruramah tu, lebih terkedu bila nyonya yg beri semangat pd makcik tu cakap(lebih kurang maksudnya), ” makcik jangan risau Allah takkan tinggalkan dia”.
alhamdulillah bro sempat jaga arwah mak bro semasa hidupnya.
memang menyayat hati…
terima kasih bro
jadi, jangan derhaka dengan mak abah kita. tak baikk..
selagi ade daya..kite mesti menjaga depa walau mcmana skalipon..