Batas Seorang Isteri dalam Laman Sosial

Tidak syak lagi bahawa zaman sekarang ni boleh dikatakan semua orang ada akaun di laman sosial sendiri tak kira la Facebook, Twitter, Google+ atau apa sahaja. Si suami atau isteri masing-masing akan ada akaun sosial dalam talian sendiri. Dan kedua-duanya tahu yang mereka mempunyai akaun di Facebook atau apa saje, tu sudah biasa. Apa yang tak biasanya apabila si suami tak tahu yang si isteri begitu aktif bersosial dalam talian dan sebaliknya.

Tak kira lelaki atau perempuan, kedua-dua ada batas dalam pergaulan waima dalam dunia maya sekalipun. Hukum-hakam tetap berjalan walaupun kita berhubung melalui internet tanpa bersemuka. Masing-masing perlu memainkan peranan sebagai isteri dan suami dengan berhemah walaupun dalam dunia internet.

laman sosial

Suami mempunyai hak untuk memantau dengan siapa isteri atau anak-anaknya berhubungan berdasarkan Sabda Rasululllah s.a.w yang bermaksud - “Seseorang itu berada di atas agama kawannya, maka hendaklah setiap dari kamu memerhati dengan siapa dia berkawan” (Hadith Riwayat Imam Abu Daud dan at-Tirmidzi). Jadi suami berhak menyimpan kata laluan isteri dan anak-anak supaya dapat tahu apa yang mereka lakukan di laman sosial.

Akan tetapi, suami juga tak boleh terlalu menyekat pergaulan isteri dari berhubungan dengan keluarga dan rakan-rakan wanita. Namun suami juga wajib menegah isteri dari terlibat dengan hubungan yang dilarang agama seperti hubungan dengan lelaki yang bukan mahram tanpa ada keperluan. Kalau isteri menjalankan perniagaan dalam talian mereka harus berhubung dengan lelaki lain tanpa melampaui batas pergaulan dalam Islam.

Syariat Islam amat mengambil berat akan hubungan antara lelaki dan perempuan di mana ia membataskan hubungan dan pergaulan antara keduanya hanya mengikut keperluan saja. Kalau terlalu bebas, ia akan mendorong kepada zina. Sabda Nabi s.a.w ; “Tidak berduaan seorang lelaki dan seorang wanita melainkan syaitan yang akan menjadi orang ketiga” (Hadith Riwayat Imam at-Tirmizi dari Ibnu ‘Umar).

Jadi senang cerita, pergaulan isteri dalam laman sosial tetap sama dalam dunia realiti mengikut ajaran Islam. Hukum Islam tetap berjalan walau kat mana pun kita berada. Peliharalah hubungan suami isteri supaya ia akan sentiasa kekal. Bila suami isteri dan anak-anak hidup bahagia, sekaligus masyarakat kita akan turut hidup dalam keadaan harmoni.

Rujukan dari syahirul.com
Powered by

, , ,

11 Responses to Batas Seorang Isteri dalam Laman Sosial

  1. Jebeng Otai™ April 21, 2012 at 9:09 pm #

    renungan bersama..kene jaga batasan pergaulan msing2..
    Jebeng Otai™ recently posted…PosLaju : Kotak dan Sampul Prabayar

  2. razfira April 22, 2012 at 9:53 am #

    okay yg penting jgn menggedik kan

    igt suami kt umah. hehe
    razfira recently posted…Review The Cabin In The Woods: Cerita Paling Kejam

  3. titan April 23, 2012 at 3:36 am #

    benda ni mudah aje sebenarnya. kalau suami kata tak boleh, tak bolehlah. jangan mengada nak derhaka.
    titan recently posted…Red Bubbles Clown yang Kacak.

  4. shraqs April 23, 2012 at 9:34 am #

    Kalau kedua2nya mainkan peranan bukan saja sebagai pasangan suami isteri semata-mata sebaliknya anggap pasangan sebagai kawan, sahabat dan sbgnya, rasanya tak perlu lagi nak cari orang ketiga, keempat atau kelima utk berkongsi kisah hidup kita. Personally, aku percaya kepada konsep perbaiki hubungan antara pasangan kita terlebih dahulu sebelum menyalahkan pihak ketiga.
    shraqs recently posted…WordPress 3.3.2 Update

  5. Faizal April 23, 2012 at 12:22 pm #

    Salam, nak tanya sikit, macam mana kalo saya keluar minum dgn bini orang, berdua-duaan takpe kan, bukan luak pun!

  6. samanosuke_04 April 23, 2012 at 9:58 pm #

    hehe, aku bila dah kawen nanti aku nak suruh bini aku delete semua gambar2 dia yang hot dalam fb.. biar aku sorang jer yang bleh tengok kehotan dia XD
    samanosuke_04 recently posted…Akhirnya Aku Dapat Main Dota 2!!

  7. azmanisma April 24, 2012 at 12:52 pm #

    Sama2 menjaga agar sama bahagia…kerana facebook pun boleh ceraiberai,outus kawan pun ada.
    azmanisma recently posted…Entry Gatal

  8. Fid April 25, 2012 at 4:54 pm #

    saya setuju. saya mmg dipantau
    hehehhe
    Fid recently posted…Gelora di jiwa siapa yang tahu

  9. yas May 7, 2012 at 11:07 am #

    Asal ingat niat asal udahh…klau dok layan lebih2 tu yg agak bahaya….
    yas recently posted…MotoGp – Zulfahmi ke 4 di Jerez,Sepanyol

Leave a Reply

commentluv