Boikot Google! – Google Buka Kampus di Tel Aviv

Google TLVWalaupun sekarang serangan ke atas Gaza sudah tamat (buat masa ni), namun rakyat Islam seluruh dunia masih terluka dengan kekejaman askar Israel. Mereka sanggup membunuh beribu-ribu umat Islam yang tidak bersalah semata-maata untuk jadikan Gaza sebagai padang jarak.

Untuk menunjukkan rasa benci terhadap Israel dan ingin membela nasib saudara Islam, kita di Malaysia ni hanya mampu berdoa dan memboikot barangan Israel. Atau lebih tepat barangan dan perkhidmatan yang memberi dana kepada Israel untuk menjatuhkan Islam di Palestin.

Tapi itu semua tidak menghalang Google untuk bekerjasama dengan kerajaan Israel. Syarikat gergasi carian itu telah melancarkan “Campus Tel Aviv” – sebuah pusat untuk rakyat Tel Aviv yang mahu memulakan perniagaan atau memajukan sesuatu teknologi.

Secara langsung atau tidak langsung, Google kini membantu penduduk Tel Aviv dalam bidang teknologi internet. Sekaligus bakal menjadikan Israel sebagai kuasa besar pula dalam internet.

Jadi, sebagai rakyat Islam yang benci Zionis Israel, adakah anda rasa patut kita memboikot Google? Agak mustahil bukan? Tapi Google kini adalah antara entiti terbesar dunia yang menyokong penuh kerajaan Israel. Apa yang patut umat Islam sedunia lakukan? Kita boleh bersatu untuk membentuk satu kuasa besar dalam teknologi internet, jadi lepas ni dah tak payah nak bergantung kepada Google dan lain-lain.

Powered by

, , ,

14 Responses to Boikot Google! – Google Buka Kampus di Tel Aviv

  1. Hazmin Hamudin December 11, 2012 at 9:36 am #

    Rasa-rasa kita blogger ni boleh ke boikot Google ni bro? Huhu…
    Hazmin Hamudin recently posted…Akhirnya Keluar Daripada Hospital BlackBerry Torch Aku

  2. titan December 11, 2012 at 9:42 am #

    bab boikot ni..bukan usaha satu hari.
    titan recently posted…Kentang goreng Banting cicah Sos Matahari.

  3. Eizil December 11, 2012 at 12:05 pm #

    Kita cuba usahakan sedikit demi sedikit, ramai perlu keluar dari kelompok follower dan menjadi leader agar boleh menjana idea-idea baru yang akan dapat menggantikan produk atau perkhidmatan yang menyokong israel ini.
    Eizil recently posted…Tak pandai nak meminta pertolongan

  4. shraqs December 11, 2012 at 12:10 pm #

    Susah la nak boikot diorang semua ni. Kebanyakan syarikat2 gergasi teknologi memang ada base & research center di Israel sama macam Apple & Intel.
    shraqs recently posted…Premium Suite Upgrade Jellybean 4.1.2 Untuk Galaxy SIII

  5. Bro Zulkbo December 11, 2012 at 9:08 pm #

    salam..
    dah lama dah tahu google ni memang pro Israel
    nama Sergey Brin pengasas Google tu pun
    dah nama Yahudi kan..
    Bro Zulkbo recently posted…Senarai Pasukan Liga Super Dan Liga Perdana Malaysia 2013

  6. wazy December 12, 2012 at 8:48 am #

    rasanya dah lama google ni nak kena boikot,mungkin kene boikot secara kecil-kecilan dahul
    wazy recently posted…Kemaskini Senarai Rakan Blogger 2013

  7. hairulafiz December 12, 2012 at 4:08 pm #

    memang susah nak boikot kecuali ada saingan kepada google
    hairulafiz recently posted…3 Blog Pilihan Terbaik

  8. onlajer December 12, 2012 at 6:37 pm #

    kena ada enjin pencarian yang lebih berkuasa dari google kot
    onlajer recently posted…Iklan 12-12-12

  9. Afifah Munirah December 12, 2012 at 6:38 pm #

    Google & Israil – Tak dapat dipisahkan

    Nak boikot – susah tu – SEO pun agenda zionis
    Afifah Munirah recently posted…Responsible Blogging 2013: Blogging Secara Berhemah

  10. Arrazi December 13, 2012 at 7:50 am #

    Pasti ada jalan untuk syarikat kepunyaan orang Islam lead dalam enjin carian.
    Arrazi recently posted…Langkah Pertama

  11. SDC January 4, 2013 at 10:34 am #

    Huish bahaya ni…kena guna 1 pendekatan yang berbeza.
    SDC recently posted…Bermain Di Peranti Android Anda Tanpa Gangguan Dengan GameKlip™

Leave a Reply

commentluv