Carian Paling Hangat di Google Malaysia Sepanjang 2012

Google MalaysiaSedar tak sedar kini kita dah pun berada di bulan terakhir untuk satu tahun, bulan Disember. Jika anda seorang blogger atau pengguna tegar internet terutamanya carian Google, sudah pasti dah banyak yang anda buat carian di enjin carian Google.

Mengikut rekod Google Trends, sepanjang tahun 2012, pengguna internet di Malaysia hanya mencari perkara yang sama di Google. Tidak banyak kata kunci yang berubah berbanding tahun 2011. Tapi untuk kategori carian yang meningkat naik (rising), ada banyak perubahan kata kunci.

Kalau tengok pada rajah di bawah, pengguna di Malaysia masih menggunakan Google untuk membawa mereka ke laman Facebook. Saya agak, pengguna Facebook di Malaysia rata-ratanya akses akaun mereka di tempat kerja. Sebab, tak mungkin anda akan bookmark laman Facebook di tempat kerja, mungkin hanya di rumah. Begitu juga dengan YouTube. Apa yang pelik, ramai yang mencari kata kunci google itu sendiri di Google.

Bagi carian kata kunci yang meningkat naik dengan pantas, Gangnam Style nampaknya memang menjadi kegilaan. Menjadi satu fenomena hingga mungkin setiap orang yang ada akses internet akan mencari Gangnam Style di Google. Blogger hiburan paling popular, Beautifulnara adalah yang ke-9 paling popular untuk sepanjang tahun 2012.

google trend
Secara ringkasnya, itulah apa yang rakyat Malaysia cari di internet. – via TechoSocial

Powered by

, , ,

16 Responses to Carian Paling Hangat di Google Malaysia Sepanjang 2012

  1. azriMy December 8, 2012 at 9:57 am #

    bila lah diorang nak mula search nama Azri Johan yek? Hehehe..
    azriMy recently posted…The Start Of Something New

  2. ieta December 8, 2012 at 11:52 am #

    dan bila juga mereka nak mula mencari http://ieta-myblog.blogspot.com dengan kata kunci ieta ya? he…
    ieta recently posted…SAYA TAK HEBAT…

  3. hatiputera December 8, 2012 at 5:53 pm #

    Rakyat malaysia lebih suka kepada sukan,gadget,hiburan dan media sosial.
    hatiputera recently posted…Durian D4 Memang Sedap dan Puas

  4. ohcikgu December 9, 2012 at 12:11 am #

    fuhh..beautifulnara..famous gila.
    ohcikgu recently posted…Sila hafal niat dan cara Mandi Wajib, Mandi Junub dan Mandi Hadas besar yang BETUL dan SAH

  5. akubiomed December 10, 2012 at 1:38 pm #

    Sayangnya data untuk Malaysia lagi kurang.
    akubiomed recently posted…Laksa Buyung dan Air Tebu Madu gandingan mantap

  6. sweetkurma December 10, 2012 at 7:03 pm #

    moga suatu masa nanti ramai yang akak search sweetkurma.com
    amin

  7. Wanayu December 10, 2012 at 9:05 pm #

    Beautifulnara tak dinafikan memang sentiasa org google..
    Wanayu recently posted…2012 Tahunku Yang Kacak

  8. Bro Zulkbo December 10, 2012 at 9:32 pm #

    salam..
    ermm..banyak juga kaki judi
    yang melayari internet juga ye..
    result 4D antara carian terhangat
    Bro Zulkbo recently posted…Tahukah Anda Ikan Keli Juga Mampu Menangkap Burung (Gambar Dan Video)

  9. Juan December 10, 2012 at 10:24 pm #

    bila lah orang nak taip wanwidget yerr
    Juan recently posted…3 Blog Pilihan Terbaik

  10. titan December 11, 2012 at 9:33 am #

    nampaknya gua memang tak popular. waa..
    titan recently posted…MSMW 2013 – Masihkah ada peluang?

  11. Hazmin Hamudin December 11, 2012 at 9:35 am #

    Keyword 4d pun ada. Hehe.. Cari no ekor pun ramai jugak ye.
    Hazmin Hamudin recently posted…Akhirnya Keluar Daripada Hospital BlackBerry Torch Aku

  12. beckhrooy December 12, 2012 at 4:01 pm #

    orang yang taip google tu mungkin ingin pergi ke homepage google, aku kdg2 juga buat begitu
    beckhrooy recently posted…Jemputan Dari Youtube

  13. MCJ December 19, 2012 at 10:35 pm #

    Rajin sungguh orang Malaysia bab2 download ni ye… :)
    MCJ recently posted…Jawatan Kosong Bank Negara Malaysia (BNM)

Leave a Reply

commentluv