sponsored link
Laman sosial media adalah tempat semua orang berhubung dan berkongsi іdеа, pandangan аnd segala-galanya. Sekarang ramai yang menyalahgunakan kemudahan ni hingga memakan diri-sendiri. Mungkin dengan niat hanya nak berseloroh, seorang pelajar ditangkap atas dakwaan mengugut Perdana Menteri Malaysia.
Tak pasal-pasal pelajar terbabit kena siasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Walaupun kat dalam internet, kita patut berhati-hati dengan apa yang nak diucapkan. Kalau pun benda yang kita tulis tu memang betul-betul nak buat, jangan la tulis kat Twitter atau Facebook. Buat senyap-senyap…baru berbaloi.
Itu pasal ugut-mengugut, ada juga bergaduh, bercerai dan macam-macam lagi kat laman sosial hanya disebabkan salah faham dengan status ditulis. Dengan hanya melalui status pendek, orang lain mudah syak wasangka sebab mereka tak nampak air muka kita semasa menulis. Benda yang pada asalnya nak bergurau, orang lain anggap ia serius.
Kat bawah ni ada sikit tips yang mungkin akan membantu pengguna laman sosial menjaga adat atau bertindak dengan bijak. Jangan sampai kena tangkap dan kena penjara atau denda, lebih teruk jangan sampai putus saudara dan kawan.
Adab Guna Laman Sosial Media
1. Fikir dulu sebelum update status - Perlu diingat, apa yang kita kongsi kat laman sosial akan dilihat oleh sesiapa yang berhubungan dengan kita. Walaupun kita set-kan limit hanya sesetengah orang je boleh tengok, orang lain tu mungkin akan berkongsi melalui akaun mereka sendiri di mana lebih ramai orang akan tengok. Lebih best lagi bila ada yang print-screen status kita dan berkongsi dengan rakan mereka yang lain.
2. Hormat orang lain – Kalau kat dunia luar kita saling menghormati antara satu sama lain, kat dalam dunia internet pun sama. Waima kita tak kenal sekali pun dengan siapa kita berhubung melalui laman sosial, “hormat” adalah penting. Layan orang lain seperti mana kita sendiri mahu dilayan.
3. Bertanggungjawab dengan apa yang kita buat - Ada pengguna rasa disebabkan internet membolehkan mereka menyembunyikan nama sebenar (anonymous), mereka akan rasa tak ada tanggungjawab dengan apa yang mereka buat dan ucapkan. Mereka salah sebenarnya, walaupun anda rasa selamat kat dunia internet tapi di akhirat nanti…
Senang cerita apa yang kita buat kat dunia sebenar, itulah yang kita kena buat kat dunia maya. Tapi kalau dah dunia sebenar dah tak ada rasa hormat dan tanggungjawab tak leh kata apa la. Berhati-hati lah bila gunakan kemudahan dalam laman sosial media. Sekadar berkongsi pendapat.





Apa la, tulis kat wall meraban2 gini
betul, jangan update menda mengarut. kang ada yang kena nanti..
ohcikgu recently posted..Keputusan terkini Perlawanan Liga Super 2012 (17 Januari 2012) – Akmal Rizal mengganas malam ini.
betul..sekarang ramai yg suka sebarkan benda2 mengarut kat facebook..sebab tu sy subscribe kwn2 terdekat dan yg boleh dipercayai je..malas nk tgk status org lain
Wira Chomel recently posted Eksklusif: Kucing Pertama Berjaya Main Bola di Piala Dunia!
ok jgk tu, subscribe kwn yg terdekat je
betul,,jangan gunakan medan social sebagai tempat melancarkan fitnah ataupun buat benda – benda yang tidak berfaedah,,,
hatiputera recently posted..Video bunyi aneh dan menakutkan di langit samarahan
take nota.jgn salah ckp..heeeeebhya tuh
tu la, behave je lah..
kartikel.com recently posted..Guna Laman Sosial – Jangan Sampai Kena Tangkap
jangan cari pasal..nanti dah kena tahan polis, masuk mahkamah..baru nak menangis macam si azwan tu..
titan recently posted..Servis VPN unlimited dari Downloader.my
azwan tu memang…propa je lebih hehehe
Berani buat, berani tanggung. Point bertanggungjawab tu penting sangat..
shraqs recently posted..Muzium Sultan Alam Shah
Kalau tak buat fitnah sapa nak baca wall post tu? Kan manusia mementingkan cerita lain dari yang lain. Hehehehe.
Cikgu Hairul recently posted..Sedih Tak Boleh BerPicnik
benda sensasi yg org cari ye dak…tapi jangan la lebih2
alhamdulillah..saya sentiasa jaga bahasa dalam komen dalam laman sosial…hehe
Fakhruddin recently posted..Jalan-jalan Cari Pasal Di Menara Tambatan Di Raja
budi bahasa budaya kite…katanya hehehe