Kisah Sufiah Yusof (Math Genius)


Assalamualaikum… adakah anda semua kenal atau ingat dengan Sufiah Yusof? Pernah menggemparkan Malaysia kerana berjaya menempatkan diri di University Oxford pada usia 13 tahun. Tak Ingat? Takpe, layan je…Ni nak cerita sikit pergolakan hidup beliau sekarang untuk pedoman kita besama.

Sufiah Yusof yang dulu seorang remaja genius Matematik sekarang adalah seorang PELACUR. Dengan pendapatan RM382,412 setahun!!. Mengapa boleh jadi sampai begitu sekali? Seorang yang dulu di anggap bakal menjadi ‘seseorang’ di Malaysia kini telah menjual tubuh sendiri. Apa yang aku baca kat newspaper, dia jadi begitu mungkin disebabkan masalah keluarga dan tekanan hidup. Bapanya sekarang (Farooq Yusof) dipenjarakan 18 bulan kerana mencabul dua gadis semasa mengajar tusyen (gila seks…huhuhu).

Dari umur 11 tahun si Sufiah ni di suruh belajar matematik setiap masa oleh bapanya sampai takde masa nak berkawan macam orang lain. Ini boleh membawa tekanan kat budak ni. So, kalau nak didik anak agak-agak la… Mungkin didikan agama juga menjadi salah satu faktor. Ye la, bapa asal bukan Islam pastu tinggal kat luar negara. Umur 13 dah masuk U mana ada nak belajar pasal agama betul-betul. Kadang-kadang kita bangga dengan anak sebab dia orang bijak dengan sesuatu hingga lupakan soal agama. Oleh yang demikian, kita hendaklah mentaati agama, jangan sampai nafsu menguasai diri.

Ibu bapa tunjang utama untuk anak-anak, jangan biarkan anak hanyut dalam arus pemodenan. Kalau boleh ibu bapa itu sendiri jangan timbulkan sebarang masalah dalam institusi sesebuah keluarga sebab ini akan menjejaskan perasaan anak-anak. Tu je aku nak cakap (cakap pandai la…huhuhu), tapi itu satu pengajaran buat kita semua. Sekian terima kasih…

Powered by
No comments yet.

Leave a Reply

commentluv