Lawak jenaka atau gurau senda, siapa yang tak sukakan lawak kan, boleh menghiburkan hati dan menghilangkan tekanan. Malah Nabi Muhammad SAW juga menggalakkan umat baginda untuk bergurau senda, baginda pernah bergurau:
Diriwayatkan Baginda Rasullah pernah berkata – ”Orang tua tidak boleh masuk syurga,” lalu menangislah si perempuan tua itu, tetapi segera pula Rasulullah s.a.w. berkata lagi, “Anda tidak lagi menjadi tua bangka pada ketika itu!” lalu dibacakan kepadanya firman Allah Ta’ala:
“Kami (Allah) pertumbuhkan mereka itu (kaum wanita) suatu tumbuhan. Maka Kami tukarkan mereka itu menjadi dara-dara.” (al-Waqi’ah: 35-36)
TAPI, kebanyakan gurau senda atau lawak jenaka pada zaman sekarang agak kurang sopan. Lebih-lebih lagi dalam rancangan seperti Maharaja Lawak Mega yang tengah hangat sekarang ni. Bukan je dalam Maharaja Lawak Mega, dalam filem-filem dan drama Melayu kita banyak membawa lawak-lawak yang agak kasar. Lebih teruk ada yang persendakan agama Islam.

Kumpulan Balas
Kalau anda menonton Maharaja Lawak Mega, pasti kenal dengan kumpulan Balas. Mereka terkenal dengan lawak double meaning yang mengundang kontroversi. Walaupun dah berkali-kali ditegur oleh berbagai pihak, mereka tetap persembahkan lawak sedemikian dan akhirnya tersingkir.
Kumpulan Shiro pula buat lawak agak kurang sopan bila persendakan hukum Islam. Memang kita biasa dengar lawak seperti mereka, tapi kalau dibawakan secara langsung (tapi boleh pulak Astro sensor-kan apa yang mereka sebut) dan berpuluh ribu orang menontonnya serentak, memang macam kurang pandai. Saya suka dengan Awie sebagai juri dalam Maharaja Lawak Mega yang tegas tegur peserta.
Lawak macam mereka ni mungkin boleh dikira OK kalau kita menonton dengan kawan-kawan. Tapi agak kurang sesuai bila ditonton bersama lagi yang ada anak-anak masih kecil. Saya pasti ramai yang tak suka dengan lawak macam tu, apa pendapat anda?




tak faham dengan hadis tu ngan ayat alquran tu…boleh terangkan..
bhrain recently posted…iPhone 5 Gadget Impian
Maksudnya Rasulullah SAW bergurau dgn perempuan tua tersebut dgn mengatakan orang tua macam beliau tak boleh masuk syurga. Sebab bila di syurga, perempuan tua tu akan jadi muda.
Maksud ayat Al Quran tu pula, Allah SWT akan kembalikan seseorang wanita itu menjadi muda kembali.
lawak pun lawak juga
benda2 yg sensetif mungkin kelakar tp kena jaga
kalau bab2 melibatkan agama lagi lah…
jgn sampai org anggap lawak hanya merosakkan minda
Sop recently posted…Mencuba P1 4G Portable MiFi Modem MF230
diorang tak terfikir sangat benda tu. bagus gak menda ni dimentionkan.
titan recently posted…Mencintai Ain Maisarah – Part 12
bila melawak tak gunakan otak macam tulah jadinya
hairulafiz recently posted…Tranformasi baru
hai bro..
saya layan MLM melalui youtube sahaja, yang bagus kita contohi, begitulah sebaliknya…
donnyien recently posted…Bina jenama blog dan personaliti diri
kehabisan idea nak suruh orang gelak
Mus recently posted…Hitam Putih Gambar Kandid Jalanan Di Pasar Filipina Kota Kinabalu, Sabah.
Bagi pendapat saya lawak shiro x lh ktelaluan sgt, krn tdpt tegurn yg positif dgn cara myindir org2 kita yg cuba mghalalkn sgala sumber pdptn. Mereka ingat skirany kita mmasukn wang tsebut ke dlm bank islam /tabung haji, mderma ke rmh anak yatim, dirikn masjid… blh mghalalkn /myucikn wang tsebut….. cuba ambil kata shiro dlm MLM… aku masukkn wang rompakn ni dlm bank islam…sah2 jd duit halal lepas tu…. kwnny jwb… haram juga…. …
Tdpt kump lain yg nyata2 mpsendakn hukum islam spt kump boboi… bila dia mpesendakn lagu maher zain…lps tu blh kata lg ni pusat kareoke halal punya….apa tujuan kump ni sbbnya..mungkin masa ni bkn awie yg komen…tp x pulak dtegur olh juri2 lain…
Sy sedih dgn situasi yg x sepatutnya berlaku, apabila bangsa lain hina agama kt semua melenting trmasuk yg dlm MLM tu, tp mereka lg teruk sbb mempersendakan agama sendiri.. begini jer la masalah ni sebenarnya boleh diatasi dgn mudah, sama ada nak buat atau tidak shj.., sbb yg masuk MLM tu pun bkn nya semua yg bijak pun.. Buat pemantauan semasa “rehearsal”.. klu ada babak2 yg sensitif da tentu boleh disekat agar x ditontonkan masa persembahan nnt, bkn takat pasal agama malah apa2 yg melibatkan sensitiviti semua boleh dikawal.. nak atau tidak shj!
Faris recently posted…PERODUA PROMOSI PROTON PROMOSI SEMASA TAHUN 2013