Mesti anda pernah terfikir mahu jadi seorang usahawan selain dari bekerja makan gaji. Saya sendiri pun memang bercita-cita untuk mempunyai perniagaan sendiri. Pernah tak anda dengar pasal bisnes borong China? Saya sendiri pun tak pernah dengar sebenarnya. Tapi hari ni saya dapat email dari pihak Kursus Borong China (Anzac Consultancy) untuk menyebarkan tentang perniagaan ni.
Ini mungkin satu peluang perniagaan terbaik bagi sesiapa yang berminat. Anda boleh mengikuti Kursus Bisnes Borong China yang dianjurkan oleh saudara Shahabudeen Jalil.

Kursus Borong China adalah sebuah kursus komprehensif yang akan menerangkan kepada usahawan atau bakal usahawan mengenai panduan-panduan dan langkah-langkah awal sebelum dan semasa memborong di China. Melalui kursus ini, usahawan akan dapat mempelajari pelbagai tips, panduan, dan ‘trick’ sebelum dan semasa melakukan pemborongan di China, antaranya:
- 9 Perkara yang anda perlu lakukan sebelum bertolak ke China.
- Perkara-perkara yang perlu anda elakkan semasa berada China.
- 8 Hotel (tempat penginapan) dan 10 Restoren yang halal dan terbaik di China
- Secara lengkap, bagaimana untuk mendapatkan Visa dan mengharungi Imigresen.
- 13 tips dan rahsia bagaimana untuk “deal” dengan pembekal semasa di China nanti.
- Contoh-contoh produk yang “panas” yang boleh di jual.
- Tempat-tempat pemborongan di China yang terbukti dan terbaik untuk usahawan.
- Laman web terbaik untuk mencari pembekal melalui internet, kerana kebanyakan pengeluar / pembekal menyenaraikan produk mereka disini.
- Bagaimana membuat penghantaran balik barangan dari China ke Malaysia.
- Penerangan mengenai pameran perniagaan yang diadakah 2 tahun sekali penting untuk pemborong.
Perniagaan ni diasakan oleh Shahabudeen Jalil yang memulakan perniagaan secara kecil-kecilan pada tahun 2000. Bermula dengan perniagaan online dan import export secara kecil-kecilan.
Mula berkecimpung dalam bidang import dengan mengimport barang dari selatan Thai dan kemudianya dari Bangkok dan Vietnam. Dan sekarang meneroka untuk memborong dari syurga perniagaan iaitu China.
Perniagaan ni dah banyak kali diketengahkan dalam rancangan TV dan surat khabar seperti TV3, TV9, Utusan Malaysia dan sebagainya. Jadi, perniagaan ni memang sah dari segi undang-undang dan bukannya scam.
Kalau ada yang berminat sila hubungi talian 017-251 7515 atau terus ke laman Bisnes Borong China atau laman pengasas mereka Shahabudeen Jalil.




alamak…kena pegi china la pulak..
banyak betul benda yang perlu dipelajari..susah2..
Fakhruddin recently posted…Panorama Sekitar Kota Bharu, Bandaraya Islam
Aku pernah tanya anak tokey borong kat plazza GM,katanya sekarang orang cina mai sini bawak produk mereka untuk dijual,semua urusan penghantaran sampai depan kedai mereka uruskan yg penting duit (modal) kena ada baru boleh deal
azmanisma recently posted…Hari Kekasih Haram Untuk Orang Islam Sahaja
memang modal ada baru boleh bedal ye dak…
masalah nyer, majoriti orang China xpandai berbahasa Inggeris… melainkan kita yg kena pandai ckp China, mungkin Mandarin dsb utk memudahkan urusan jual beli secara borong dgn mereka…
lazaac recently posted…Jom Ke Perjumpaan Komuniti Envato 2012 Di Kuala Lumpur
nak seribu daya tak nak seribu dalih…hahaha
nice….nak seribu daya tak nak satu alasan sudah ckup menggagalkan kita…kalu nak jadi jutawan lak mai jmpe saya
Kazen recently posted…Wordless Wednesday 28 | Revolusi Motorsikal RXZ
leh ambil peluang ni melancong ke china plak. hehe..
titan recently posted…Ya. Gua Tahu..
Menarik ni.
Kenapa China? Kos pembuatan yg sangat murah, selain supplier banyak!
Kursus yg bagus untuk usahawan yg ingin berjinak2 dgn dunia perniagaan
Affan Ruslan recently posted…Bantu Saya Untuk Menang Macbook Pro
memang China menjadi pusat dalam perniagaan kat Asia
berminatlah..skang kerja gov.manatau lepasni boleh kerja sendiri.saya bnyk menjalankan bisnes utk side income.