Welcome! Follow us on or Facebook
Twitter

Trending Around the Web

Plus Your World – Perkara Baru Pada Google Search

sponsored link

search plus your world

Google telah melancarkan tiga perkara baru pada Google Search yang diberi nama Search plus Your World. Pengguna boleh sesuaikan enjin carian dengan apa yang mereka mahu. Ni adalah perubahan terbesar Google Search selepas Google Instant. Google menyuntik enjin carian mereka dengan Google+ dan Picasa untuk menjadikan result lebih terperinci secara individu.

Sebagai contoh anda mahu cari percutian ke Bali. Biasanya Google akan memaparkan laman web yang berkaitan dengan Bali. Sekarang kalau anda klik ikon person, ia akan membawakan post di Google+ tentang percutian di Bali daripada rakan anda dalam Circles.

Perubahan ini juga termasuk untuk carian individu tertentu. Jika saya dalam Circles anda, dan anda mula menaip nama saya pada Google Search, profil saya akan muncul. Jika kita menggunakan Google+, kita akan muncul lebih kerap di dalam hasil carian, boleh jadi popular tu.

Toggle-plus your world

Tiga Perkara dalam Search plus Your World

  1. Personal Results – membolehkan kita mencari informasi untuk kita sendiri, seperti video atau gambar dalam Google+.
  2. Profiles in Search – membolehkan kita untuk segera mencari rakan-rakan rapat atau mungkin berminat untuk follow.
  3. People and Pages – membantu kita mencari profil orang dan Google+ pages yang berkaitan dengan topik yang tertentu, dan membolehkan kita untuk mengikuti mereka dengan hanya dengan beberapa klik.

Adakah ini akan mengurangkan pengguna Facebook? Tak pasti, ada beberapa perkara je yang Google boleh lakukan untuk mengatasi Facebook. Mungkin lepas ni lebih ramai orang akan mendaftar untuk Google+ sebab mereka melihat rakan-rakan mereka muncul dalam search result, tapi ia tidak akan dapat menjauhkan diri mereka dari Facebook.

Musuh sebenar Facebook bukannya Google, tapi “Facebook” itu sendiri. Sebab tu Google dah bersedia untuk menarik minat pengguna kepada mereka jika Facebook membuat kesilapan atau mengundang kebencian pengguna.

Powered by

You may also like these:

Thanks for your visiting and reading, follow us on or Facebook

, ,

2 Responses to Plus Your World – Perkara Baru Pada Google Search

  1. Lizz January 11, 2012 at 1:07 pm #

    oh baru tahu yang ini. thanks berkongsi informasi ;)
    Lizz recently posted..Rahsia Menulis Artikel Dalam Tempoh 20 minit

  2. titan January 11, 2012 at 2:38 pm #

    hoho..memang ada advantage nih. tapi jangan jadi macam web social sudah la kat search engine nih..
    titan recently posted..Selangor vs Negeri Sembilan. Siapa menang?

Leave a Reply

commentluv