Shahrulsite Blog Year in Review 2012

Year in Review 2012
Nampaknya kita dah nak sampai ke penghujung tahun, sekarang ni kebanyakan laman web besar seperti Facebook, Twitter dan Google dah keluarkan rumusan atau ringkasan mereka untuk setahun. Saya pun timbul ilham nak buat macam mereka, Year in Review 2012 kononnya.

Rasanya ramai juga bloggers yang merancang untuk membuat satu entri khas pasal performance blog sepanjang tahun 2012. Seperti tahun-tahun sebelumya, ramai yang berkongsi tentang statistik blog masing-masing.

Bagi setiap blog mesti ada dia punya killer entry atau entri yang boleh buat cari makan untuk jangka masa panjang. Sebuah entri yang mesri SEO serta kata kunci yang sentiasa orang cari. Bagi blog saya masih banyak perkara lagi yang boleh diperbaiki, masih agak lemah dalam SEO. Mungkin sebab saya tak betul-betul serius dalam selidik selok belok SEO. Tulis blog ni sekadar untuk kepuasan, kalau SEO menjadi dah kira bonus.

Apa pun saya akan terus cuba belajar menguasai SEO dan memantapkan lagi penulisan blog. Mungkin boleh saingi bro Denaihati, siapa tahu :)

Berikut adalah ringkasan kemajuan blog atau statistik sepanjang 2012. Sumber-sumber data dikutip dari Google Analytics dan ada juga dari Statcounter. Benda ni nanti boleh dijadikan panduan pada masa akan datang untuk perbaiki blog ni. Jumlah entri keseluruhan dari bulan Januari  - Disember 2012 adalah sebanyak 145.

10 entri paling banyak views:

  1. Spesifikasi Proton Tuah/Preve P3-21A
  2. Senarai Games Yang Sesuai Untuk Galaxy Tab 10.1
  3. Kelebihan Logo Hari Kebangsaan ke-55 2012
  4. Lelaki Kacak Lelaki Handsome
  5. Mahu Jadi Usahawan? Mulakan Perniagaan Import dari China
  6. Perpindahan Pemain Termahal di EPL untuk Musim 2012/2013
  7. Isu Gambar Seksi Nur Amalina Che Bakri
  8. Destinasi Percutian Musim Cuti Sekolah
  9. Disable mylaunchpad Bila Connect Maxis BB
  10. Sejarah dan Asal-usul Mother’s Day atau Hari Ibu

10 kata kunci paling banyak dicari:

  1. proton tuah
  2. proton preve
  3. logo hari kebangsaan 2012
  4. mylaunchpad
  5. shahrulsite
  6. tsrip
  7. lelaki handsome
  8. nasi kak wok
  9. kemalangan maut 115
  10. penjaring terbanyak euro 2012

Pencapaian

Dari segi pencapaian pula rasannya tak banyak yang berubah, tapi masih ada sedikit peningkatan. Alhamdulillah, tahun ni berjaya dapat dua advertorial post. Walaupun tak berapa nak banyak dia punya bayaran tapi dah bersyukur sangat, bukan senang nak dapat.

Setakat entri ni ditulis, ranking shahrulsite.net di Alexa adalah 153,207. Untuk ranking dalam Malaysia pula terlalu banyak fluctuate, kini berada di 1,078. Google pagerank pula masih boleh dibanggakan dengan rank 2. In shaa Allah tahun depan akan berusaha untuk meningkat semua ranking ni.

Powered by

, ,

16 Responses to Shahrulsite Blog Year in Review 2012

  1. shraqs December 13, 2012 at 1:12 pm #

    Tahniah bro,… itu dah dikira satu pencapaian yang tinggi. Semua antara kita (blogger) tahu, bukan senang nak maintain sesebuah blog. Keep it up!
    shraqs recently posted…Premium Suite Upgrade Jellybean 4.1.2 Untuk Galaxy SIII

  2. auc December 13, 2012 at 1:23 pm #

    wah tahniah bro
    satu pencapaian yg terbaik dah ni :)
    auc recently posted…Semak Keputusan UPKK 2012 | Ujian Penilaian Kelas KAFA 2012 | Online

  3. Jebeng Otai™ December 13, 2012 at 10:50 pm #

    dah ade review ni..leh plan utk tahun dpn lak..hehe
    Jebeng Otai™ recently posted…Wordless Wednesday : Too Good To Be True

  4. Afifah Munirah December 14, 2012 at 2:17 am #

    All thebest…. Teruskan usaha yang hebat :)
    Afifah Munirah recently posted…HowTo: Cara Menjimatkan Pengunaan Data Broadband

  5. Zarul Umbrella December 14, 2012 at 11:01 am #

    all the best bro..blog demo ganah…

  6. nazra December 14, 2012 at 5:15 pm #

    nanti akan lebih ramai yg buat review macam ni. memang sangat best utk dibaca. sbb dpt rumusan blog tu utk tempoh setahun :D
    nazra recently posted…Tun Mahathir – cergas, aktif, kekal kacak

  7. onlajer December 14, 2012 at 6:30 pm #

    Alhamdulilah ,ada masa bolehlah kita ngeteh2 dekat pasir gudang sambil borak2 pasal blog hehe
    onlajer recently posted…Berhenti Merokok Azam 2013

  8. Amirez December 14, 2012 at 7:06 pm #

    pencapaian yang dah dikira bagus jugak ni lagi2 dah berjaya dapatkan advertorial, bermakna dah berjaya mendapat kepercayaan advertiser. semoga sukses selalu ;)
    Amirez recently posted…Kuatnya Pengaruh Bahasa SMS

  9. Juan December 14, 2012 at 11:36 pm #

    walauapa pun saya tetap katakan blog bro blog yg cantik
    Juan recently posted…Hot Title Bring Best Traffic at Best Landing Page and Produce Best Online Income

    • Shahrul Anuar December 15, 2012 at 9:43 am #

      cantik kurang sesuai…kacak mungkin? hahaha

  10. Joe December 15, 2012 at 12:02 am #

    Tahniah bro atas pencapaian blog anda.

  11. Dulu Lain Sekarang Lain December 15, 2012 at 3:58 pm #

    Hebat ehhh.. keep up the good work. Suka tengok blogger2 Malaysia yg berjaya…

  12. Denaihati December 15, 2012 at 6:20 pm #

    tahniah bro. pencapaian hebat ni. teruskan usaha, insyaAllah lebih hebat lagi 2013 nanti.
    Denaihati recently posted…Game merosakkan minda atau membantu kepintaran anak-anak

  13. Sop December 16, 2012 at 2:11 am #

    x sempat lagi nak review blk blog utk tahun ini
    cuma harapkan tahun depan akan lebih baik.. kan
    Sop recently posted…Mencuba P1 4G Portable MiFi Modem MF230

Leave a Reply

commentluv